Header Ads

5 Tanda-tanda Pasangan anda berlaku curang



Jika anda baru memiliki kekasih atau yang sudah berkahwin, hati-hati,
adakah pasangan anda seorang yang jujur atau mungkin curang dibelakang anda.
Tetapi jangan risau, ada beberapa hal yang boleh diperhatikan seperti adakah dia
kelihatan pelik ketika mengangkat telifon? adakah dia keluar tanpa sebab yang munasabah? atau memang
ada sesuatu yang betul-betul pelik ketika anda sedang bersamanya? Anda mungkin seperti paranoid,
Christine Northam, penasihat perhubungan mengatakan “Hanya kerana anda merasa bahawa pasangan anda curang
bukan bererti mereka melakukannya, tetapi anda perlu menggunakan insting anda sebelum mengambil apa-apa tindakan.”
Jika anda betul-betul ingin mengetahui adakah pasangan anda curang di belakang anda,
ada 5 tanda pasangan curang yang boleh anda perhatikan ketika dia bersama anda.

1. Dia bersikap pelik ketika menggunakan laptop dan telifun bimbit. Salah satu tanda-tanda yang harus diperhatikan
adalah jika dia berkelakuan pelik ketika menggunakan telifon, laptop atau Facebook. Jika dia tiba-tiba
menukar password facebooknya, atau memadam semua daftar panggilan masuk dan mesej whatsupp di telifun bimbitnya, mungkin anda patut berasa curiga.
“Banyak orang yang curang diketahui dari telifun bimbit mereka, terdapat daftar panggilan yang sama,
begitu juga pada mesej whatsup atau application media sosial lain yang terdapat didalam telifun bimbit mereka” kata pakar keluarga Donna Tonrey.
Internet adalah cara termudah bagi pasangan anda untuk berlaku curang, dia akan menyembunyikan semuanya ketika anda kelihatan mencurigainya.

2.Perubahan kebiasaan. Dia dilihat berbeza daripada biasanya juga termasuk tanda kalau dia sedang curang. Danine Manette, penulis buku
Betrayal Ultimate menyatakan: “Dia berkemungkinan besar berlaku curang jika dia pergi bekerja lebih awal, pulang lewat malam,
dan sering mencari alasan untuk keluar.”Anda patut curiga jika dia tidak boleh dihubungi semasa dia keluar dari rumah.
“Kalau dia kata dia bekerja 'overtime',tetapi tidak mengangkat telifon nya atau membaca mesej anda, itu adalah petanda buruk,” kata Dr Danine.

3. Dia mula menurunkan berat badan dan membeli baju baru. Jika pasangan anda tiba-tiba kasar atau cara pakaiannya berlainan,
tidak seperti kebiasanya semasa anda bersamanya mungkin anda juga patut berasa sedikit curiga padanya. “Jika seorang lelaki mulai mengubah cara berpakaiannya,
membersihkan kuku dan kulit, mungkin dia mencuba untuk menarik perhatian wanita lain.” Kata psikologi Stephanie Buehler.
cara dia berpakaian smart merupakan petunjuk bahawa dia mungkin sedang berlaku curang.

4. Perubahan sikapnya terhadap Anda. Awalnya dia memang mencintai anda namun sekarang dia dilihat lebih sering mengkritik apa yang
 anda lakukan atau sering membesar-besarkan masalah kecil menjadi besar. Mungkin dia sedang mencari cara untuk keluar dari hubungannya dengan anda.

5. Gunakan naluri wanita anda. Danine menyatakan, “Anda tahu bagaimana pasangan anda lebih dari orang lain dan Anda akan menjadi
yang pertama melihat perubahan perilaku pada dirinya (bekerja lebih, lebih mudah marah dari biasanya, peningkatan/penurunan nafsu seksual),
perubahan jadual (sering keluar, menghabiskan lebih banyak masa diluar, dll), dan perubahan dalam cara dia berinteraksi dengan Anda secara umum.”
“Kebanyakan wanita secara jelas melihat tanda-tanda tersebut tapi mereka mengabaikan atau menjelaskan pada pasangannya.”
Tambahnya. Apakah anda melihat 5 tanda pasangan berlaku curang pada anda. Jika ya, cubalah terlebih dahulu untuk membincangkannya,
semoga dengan berbincang, pasangan anda lebih memahami perasaan anda.

1 comment:

  1. hai..kami di SIASAT SEGERA penyiasat persendirian membantu utk menyiasatkes kecurangan pasangan/kes hilang/mencari orang/atau jenayah apa sahaja dengan profesional..hubungi 016-6371460 (segala info adalah rahsia dan sulit).

    ReplyDelete

Powered by Blogger.