MUSNAHNYA TEORI DARWIN
Kemusnahan Teori Darwin
Jika disebut sahaja nama Darwin, maka semua orang akan pasti membayangkan suatu teorinya yang menyatakan manusia berasal dari beruk. Sebenarnya Darwin telah membawa suatu fahaman lebih dari itu dan ia juga cuba menerapkan fahaman alam ini tiada pencipta dan terjadi dengan sendirinya dan wujud secara kebetulan. Kefahaman yang dibawa oleh Darwin adalah teori evolusi.
Siapakah Darwin sebenarnya.
“Khayalan Darwin Darwin’s Imagination Individu yang mengemukakan teori evolusi ini ialah seorang naturalis amatur, Charles Robert Darwin
Darwin tidak pernah mendapat pendidikan biologi secara formal. Beliau hanya meminati subjek alam semulajadi dan benda-benda hidup. Minat beliau terhadap subjek initelah mendorong beliau menjadi sukarelawan sebuah ekspedisi di atas sebuah kapal bernama, H.M.S Beagle yang dirancangkan di England pada tahun 1832 dan mengembara mengelilingi berbagai kawasan-kawasan yang berbeza di seluruh dunia selama lima tahun. Darwin yang masih muda pada masa itu, amat tertarik dengan berbagai spesies hidupan, terutamanya burung-burung ciak yang dilihatnya di Kepulauan Galapagos. Dia menyangkakan bahawa variasi pada paruh burung tersebut adalah disebabkan oleh adaptasi (penyesuaian) mereka terhadap habitat mereka. Dengan meletakkan idea ini di dalam mindanya, beliau menyangka bahawa asal hidupan dan spesies adalah berlandaskan kepada konsep “adaptasi kepada persekitaran”. Menurut Darwin, spesies-spesies hidupan yang berbeza ini bukannya diciptakan oleh Allah, tetapi sebaliknya datang daripada satu moyang dan kemudiannya menjadi berbeza di antara satu sama lain disebabkan oleh keadaan-keadaan semulajadi.
Hipotesis Darwin ini tidak berdasarkan kepada mana-mana penemuan atau eksperimen sains; bagaimanapun beliau kemudiannya telah menukarkan teori ini menjadi sebuah teori yang berpengaruh hasil sokongan dangalakan yang diterimanya daripada ahli-ahli biologi materialis yang terkenal pada masa itu. Ide tersebut ialah individu individu yang telah menyesuaikan diri dengan habitat sebagai suatu cara terbaik memindahkan kualiti mereka kepada generasi-generasi mendatang; kualiti berguna (advantageous qualities) ini telah berkumpul di dalam satu masa dan merubah individu tersebut kepada suatu spesies yang berlainan sama sekali dengan moyangnya. (Asal kepada “kualiti-kualiti berguna” ini belum diketahui pada zaman tersebut). Menurut Darwin, manusia merupakan hasil termaju mekanisme ini. Darwin menggelar proses ini sebagai “evolusi oleh pilihansemulajadi”. Beliau menyangkakan bahawa dia telah menemui asal usul hidupan, iaitu: asal suatu spesies ialah spesies yang lain. Beliau mengeluarkan pandangan ini di dalam bukunya bertajuk “The Origin of Species, By Means of Natural Selection” pada tahun 1859.”
Teori Evolusi
Teori ini merupakan songsangan kepada kepercayaan bahawa ada Tuhan yang menciptakan alam dan isinya. Ini kerana teori evolusime yakini bahawa alam ini tiada kaitan dengan Tuhan dan ia wujud secara kebetulan. Bukan sekadar haiwan beruk sahaja telah mengalami evolusi dan bertukar menjadi manusia, tetapi teori ini juga menyatakan semua haiwan yang ada sekarang telah mengalami proses evolusi. Sebagai contoh, teori ini menyatakan suatu ketika di mana haiwan di dalam air kekurangan makanan dan merasa perlu untuk naik ke darat. Mereka menggelarkan ia sebagai teori dari air kedarat. Kemudiannya, ikan-ikan itu tadi telah berpindah ke darat dan menyesuaikan diri dengan berjaya menghasilkan sepasang kaki hadapan dan belakang secara perlahan-lahan. Dan apabila ia telah sempurna, maka ia menjadi sebagai seekor biawak yang telah berjaya mengalami proses evolusi dari seekor ikan.
Apa yang perlu untuk dipersoalkan ialah, bagaimana haiwan tersebut mendapat kebijaksanaan tersebut dan kita juga sedia maklum bahawa seekor ikan mempunyai kelengkapan yang amat sempurna untuk membolehkannya hidup di dalam air. Seekor ikan telah diberikan sepasang insang untuk bernafas didalam air, juga mempunyai tubuh bersisik dan licin untuk memudahkan ia berenang. Begitu juga seekor biawak. Seekor biawak juga mempunyai anggota tubuh yang sangat kompleks untuk menyesuaikan diri di habitatnya. Jadi semasa proses peralihan dari ikan kepada biawak, ia sudah tentu kekurangan sesuatu yang membantu iamenyesuaikan diri untuk makan, dan juga menetap di habitat yang baru. Sebab masa yang diambil bagi proses peralihan bukannya singkat, makasudah tentu ia akan mati dahulu sebelum sempat bertukar kepada seekor biawak. Jadi sudah tentu ia adalah suatu rekaan dan pembohongan teori evolusi sahaja.
Bagaimana pula dengan haiwan-haiwan yang lain? Situasinya adalah sama seperti peralihan dari air ke darat tadi. Kalau mengikut fahaman evolusi, mereka percaya bahawa ikan paus telah bertukar kepada seekor beruang.
“Di dalam The Origin of Species, Darwin mendakwa bahawa ikan paus telah berubah daripada beruang yang cuba berenang! Darwin meramalkan bahawa kebarangkalian variasi di dalam satu spesies adalah tidak terhad. Ilmu sains abad ke-20 telah membuktikan bahawa senario evolusi ini adalah sebuah khayalan.”
Kesan Teori Evolusi
Cuba kita perhatikan, perjalanan teori ini begitu teratur sekali. Ia disusun begitu rapi sekali dan sekiranya seseorang itu tidak memperhatikan secara teliti dan serius, sudah tentu ia akan terperangkap dan berpendapat teori ini ada benarnya. Apa yang cuba diutarakan oleh teori iniialah bantahan terhadap kewujudan Tuhan dalam kehidupan kita. Bagi mereka, alam ini telah wujud tanpa permulaan dan akan kekal buat selama-lamanya. Untuk mempertahankan ideologi ini, mereka telah menyatakan bahawa hidupan sentiasa berubah-ubah untuk menyesuaikan diri terhadap persekitaran. Dengan ini mereka telah menyangkal kewujudan Tuhan dalam proses pentadbiran alam ini dan juga tidak mempercayai hari kebangkitan – hari kiamat.
Apa kaitan dengan teori Big Bang – Big Bang Theory.
Sekarang cuba kita perhatikan pula terhadap suatu teori yang terkemuka iaitu teori Big Bang, yang menceritakan tentang asal-usul sistem suria dan juga sistem cakerawala. Big Bang theory telah berjaya mematahkan ideologi Karl Marx iaitu materialisme seterusnya berjaya mematahkan ideologi yang dibawa oleh Darwin iaitu teori evolusi. Materialis percaya bahawaalam ini kekal tanpa permulaan dan tidak akan berakhir buat selama-lamanya.
Saintis dengan kelengkapan yang lengkap telah merumuskan bahawa cakerawala ini telah terbentuk hasil daripada suatu letupan yang besar pada 15 bilion tahun lampau yang dikenali sebagai Big Bang. Teori Big Bang ini telah menyatakan bahawa bahan-bahan fizikal telah terbentuk daripada tiada atau dengan kata lain ia telah diciptakan.
Secara ringkas, saintis-saintis telah menjumpai pelbagai bukti yang menyatakan bahawa alam semesta ini sedang berkembang menjauhi antara satu sama lain.
“In 1989, George Smoot and his NASA team sent a satellite into space. Called the “Cosmic Background Emission Explorer” (COBE), it took only eight minutes for the sensitive instruments on board the satellite to detect and confirm the levels of radiation reported by Penzias and Wilson. These results conclusively demonstrated the existence of the hot, dense form remaining from the explosion out of which the universe came into being. Most scientists acknowledged that COBE had successfully captured the remnants of the Big Bang.”
Maka apabila alam ini dikatakan berkembang menjauhi antara satu sama lain, sudah tentu ia berasal dari suatu titik yang sama. Di titik tersebutlah letupan besar ini berlaku -Big Bang.
Letupan menghasilkan planet yang boleh didiami?
Bumi merupakan suatu planet yang terhasil dari Big Bang tersebut. Begitu juga sistem suria kita yang kita berada sekarang. Termasuklah juga Milky Way yang mana sistem suria kita berada.
Persoalannya, Bumi merupakan suatu planet yang amat kompleks dan satu-satunya planet yang mampu didiami oleh manusia. Dari segi kandungan oksigen, suhu dan pelbagai komponen yang penting telah berada pada kestabilan yang amat membingungkan. Keteraturan ciptaan bumi memang ajaib dan memeningkan sesiapa yang mengkaji kekompleksan yang ada pada kejadian bumi.
Maka, adakah sebuah letupan besar – Big Bang – berjaya menghasilkan sebuah planet yang begitu kompleks ini? Sedangkan sebagaimana yang diketahui, letupan hanya akan menghasilkan kemusnahan dan bukannya menghasilkan sesuatu yang baik.
Oleh sebab itu, sebagai seorang yang mempunyai akal fikiran yang waras dan tahap intelektual yang tinggi, tidak dapat tidak kita perlu meyakini bahawa terdapat suatu unsur luaran yang telah campur tangan terhadap penciptaan alam semesta ini dan sudah tentu unsur tersebut adalah Tuhan Yang Maha Esa. Dengan fikiran dan hujah logik dan bukti secara berilmu maka dengan mudah kita akan mampumelawan teori evolusi dan teori materialisme yang percaya alam ini kekal selama-lamanya. Dengan ini, kita sebagai seorang Islam perlu mempercayai bahawa Tuhan tersebut adalah Allah Yang Maha Hebat.
Post a Comment