Header Ads

JENIS-JENIS LELAKI YANG PATUT ANDA TINGGALKAN

lelaki yang patut anda tinggalkan


   
Lelaki yang sering mengucapkan kata sayang 
   tetapi tidak mahu atau tidak bersedia untuk 
   menjalinkan hubungan yang lebih serius walaupun 
   anda sudah mengenalinya sudah bertahun-tahun. 
   Ini bermakna bahawa anda bukan orang yang diinginkannya. 
   Mungkin anda juga tiada di dalam kamus hidupnya. 


 Lelaki yang sentiasa menghubungi anda tanpa mengira waktu. 
   Selalunya lelaki jenis ini akan mengeluarkan kata-kata manis 
   apabila dia sangat memerlukan anda. Tetapi apabila anda memerlukannya
   dia langsung tidak muncul atau memberi banyak alasan untuk mengelak.  


Lelaki yang selalu mengajak anda 
   keluar hanya sebagai teman tapi mesra.
   Kemana sahaja hanya anda berdua. 
   Ibarat merpati dua sejoli dari pandangan orang lain. 
   Malangnya dalam hati lelaki itu tidak terdetik 
   langsung untuk mengisi anda dalam ruang hatinya 
   yang kosong itu. jangan buang masa anda dengan lelaki seperti ini. 


Lelaki yang sudah mempunyai kekasih hati tetapi 
   tetap mahukan anda. Selalunya lelaki jenis ini 
   mempunyai ramai teman wanita dan hanya mahu memenuhi nafsunya sahaja. 


Lelaki yang hanya memandang dirinya sahaja yang betul. 
   Pandangan dan apa yang dibuat anda adalah salah. 
   Selalunya ketika menjalinkan hubungan dengan lelaki 
   jenis ini anda sering dimarahi atau ditengking kononnya 
   anda saja yang bersalah dalam sesuatu hal. 
   kadang kala hal yang kecil juga diperbesarkan. 


Lelaki yang naif dan mementingkan diri sendiri. 
   Selalunya lelaki jenis ini tidak akan faham 
   akan kehendak wanita. Walaupun anda telah 
   berterus terang mengenai sesuatu tetapi 
   dia tetap tidak mengendahkannya. Lelaki 
   jenis ini sering menganggap semua perkara 
   adalah remeh dan selalu mengambil mudah 
   sesuatu perkara. 


Lelaki yang tidak tahu kehendak dirinya sendiri. 
   Jika lelaki jenis ini tidak mengetahui apa kehendak 
   dirinya sendiri, cuba anda bayangkan bagaimana dia 
   hendak memahami masalah anda jika hidup bersamanya nanti. 


Lelaki yang tetap akan mengganggu anda. 
   Walaupun sudah diberitahu yang anda terlalu 
   sibuk tetapi lelaki ini tidak memperdulikannya. 
   Lelaki jenis ini selalunya hanya ingin berkepit
   siang dan malam. 


lelaki yang suka memburukkan lelaki lain 
   dengan harapan anda akan menjauhi lelaki 
   yang diburukkan olehnya itu. Lelaki jenis 
   ini selalunya kuat cemburu dan akan cuba 
   sedaya upayanya supaya anda tidak akan 
   berhubung dengan lelaki lain. Relakah anda 
   dikongkong oleh lelaki jenis ini? 


Lelaki yang tidak dapat memberikan layanan 
    yang betul pada wanita. Anda tidak nampak 
    ciri kepimpinan pada lelaki jenis ini. 
    Bagaimana anda mahu sandarkan segala harapan 
    pada lelaki seperti ini nanti?

No comments

Powered by Blogger.