Kategori Wanita Yang Tidak Digalakkan Menikahinya
10 Kategori Wanita Yang Tidak Digalakkan Menikahinya
1. Wanita Ananah :
Yang banyak mengeluh, mengkritik, mengomen itu dan ini.
Apa yang diberi dan dilakukan suami serba tak kena dan
ada saja yang tak puas hati dengan pemberian dan perbuatan
suami. Dengan kata lain, tidak pandai bersyukur dengan apa
yang ada. Jika dengan suami pun begitu, apatah lagi dengan Tuhan.
2. Wanita Mannanah:
Banyak mengungkit jasa dan
pengorbanannya terhadap suaminya, tapi jasa suami
dinafikannya. Wanita jenis ini banyak kita temui
dalam masyarakat kita pada hari ini. Misalnya,
"Kalau bukan loan rumah ni saya yang buat...Kalau
bukan dengan gaji saya, tak dapatlah beli kereta ni..
Kalau bukan sebab saya, awak takkan hidup senang macam ni.."
3. wanita hannanah
Sayang pada lelaki lain.
Dalam hatinya ada cinta pada yang lain selain dari suaminya.
Malahan, mengimpikan anak dari lelaki itu. Ini biasa terjadi
apabila sebelum kahwin, dia telah mempunyai kekasih. Kemudian,
apabila berkahwin dengan suami yang sah, dia masih teringat kekasih lama.
Masih lagi teringat kenangan manis bersama malahan ada lagi impian dan
angan-angan untuk hidup bersama-sama dengan kekasihnya itu. Ada hasrat untuk selingkuh.
4. Wanita Barraqah:
Sebahagian besar masanya adalah bersolek
dan berhias (misalnya di rumah tak cantik,
di office cantik. Cantik di laman sosial
utk pujian lelaki lain).
Makan bersendirian (tak ajak suami),
asing bahagiannya, memilih makan serta
mencela makanan. Yang ni sememangnya
awal-awal lagi kita dapat kesan di facebook.
Melaram dan bermake-up semahunya kemudian
meletakkan gambar bermacam jenis, berpuluh
gambar untuk menarik perhatian lelaki.
Biasa sangat terjadi di mana-mana,
di rumah biasa sahaja. Namun, bila
pergi kenduri-kendara, berhias dan
melawa mengalahkan pengantin.
Untuk tontonan siapa?
Memilih makanan juga adalah sifat yang tak baik.
Tak mahu makan nasi berlauk ikan kering atau tiada
lauk pun ada kicap sahaja. Alasannya, tidak biasa
makan sedemikian sejak kecil. Hidup dalam keluarga
yang mewah dan kaya. Mereka yang biasa hidup urban
dan makan makanan yang sedap-sedap akan sukar untuk
biasakan diri makan makanan yang biasa-biasa. Sebab
itu, bila pilih isteri, pilih yang boleh makan apa
yang kita biasa makan. Ini makan sikit, tak habis,
tak selera. Tak boleh buat bini.
5. Wanita Haddaqah:
Tak boleh tengok sesuatu yang dia
berkenan di matanya, terus memaksa
si suami belikan walaupun suami
tidak mampu sehingga rasa terbeban
pada suami untuk mencari duit
belikan barang yang dia ingini.
Tidak peduli langsung suami
bersusah payah untuk mencari
sesuap nasi, dia boleh pula
bermati-matian bertekak untuk
dibelikan juga rantai dan
barang kemas yang disukai sebagai contoh.
6. Wanita Syaddaqah:
Banyak cakap (termasuk mengumpat),
cerewet. Mengada-ngada sakit.
Sakit yang kecil dibesar-besarkan
walaupun taklah sakit sangat sebenarnya
sehingga menyusahkan suaminya.
Ramai yang jenis ni. Bila berkata-kata
mengalahkan salesman. Bila mengumpat
mengata orang, dia nombor satu.
Sakit pening, sakit perut, habis satu
dunia nak beritahu. Post status di facebook,
update di Twitter dan sebagainya untuk raih
perhatian dan simpati. Walhal sakitnya
tidaklah seteruk mana pun. Mungkin dia lupa,
ramai lagi wanita tabah, berpanas terik
membanting tulang buat kerja-kerja di sawah,
menoreh getah dan sebagainya tidak pula mengeluh
lemah macam dia buat. Sampai suami pun kena
ambil MC semata-mata nak jaga kita yang sakit
taklah seberapa. Nak merengek tu boleh,
tapi jangan melampau sampai susahkan orang.
Sakit betul-betul baru tahu.
7. Wanita Mukhtali'ah:
Iaitu wanita yang mudah meminta khulu'
dan talak dari suaminya tanpa sebarang
sebab yang munasabah. Salah faham sikit,
minta cerai. Tak sependapat dengan suami,
minta cerai. Suami tak belikan barang,
minta cerai. Suami tak bagi duit,
minta cerai. Cerai sahaja yang dia tahu.
Khulu' merupakan perceraian yang disertakan
dengan bayaran tertentu oleh pihak isteri
di mana suami enggan melafazkan cerai,
tetapi hanya bersetuju sekiranya dia dibayar.
Maka suami hendaklah menceraikan isterinya
setelah si isteri membayar dengan jumlah
atau harta yang telah ditentukan.
8. Wanita Mubariyah:
Wanita yang berbangga diri di depan
wanita-wanita lain dan yang menyombongkan
diri dengan hal-hal dunia
(harta, pangkat, kecantikan, kemewahan)
yang ada padanya. Ini biasa terjadi pada
wanita-wanita yang ada status dan pangkat.
Title Datin Sri, Datin, Puan Sri biasanya
angkuh dengan statusnya di hadapan wanita lain.
Atau makcik-makcik berbangga dengan jumlah
gelang yang berada di lengannya. Atau
si isteri berbangga-bangga dengan keretanya,
kerjayanya dan apa saja sehingga kebanggaan
melampau dirinya itu mengaibkan suami.Bila
isteri dibenci orang, suami pun terpalit sama.
9. Wanita 'Ahirah:
Iaitu wanita-wanita fasik yang tidak boleh
diberikan nasihat atau tak makan nasihat oleh orang lain.
10. Wanita Nasyiz:
Wanita yang suka membantah dan menentang suaminya,
baik dengan perkataan atau perbuatan.
Wanita yang baik, dia memberikan pendapat dan idea.
Bukannya membantah dan melawan. Jika tak setuju,
utarakan pandangan dengan baik dan tutur kata yang
tidak menyakitkan hati suami. Apa nak lawan-lawan,
suami kita bukan pendakwaraya atau musuh.
Rumah kita bukan mahkamah.
Post a Comment